fb fb fb fb fb

Kedah beri ganjaran kepada Zii Jia

Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia

ALOR SETAR, 8 Ogos-Kerajaan Negeri Kedah menawarkan ganjaran berupa wang tunai kepada pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dia atas kejayaannya menggondol pingat gangsa di Sukan olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata butiran ganjaran berkenaan akan dimuktamadkan setelah atlet berusia 26 tahun itu pulang ke kampung halamannya di sini.

"Butiran ganjaran akan diumumkan setelah dia pulang.Kita bagi ganjaran wang tunai biasanya.Tunggu dia pulang dulu.Dia terikat dengan kejohanan dan latihan.Kita akan menghubungi ahli keluarganya sekiranya dia (Zii Jia) di sini", katanya selepas Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman Ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 21 di sini hari ini.

Zii Jia berjaya mencipta sejarah selepas menjadi pemain perseorangan ketiga negara yang berjaya meraih pingat selepas Datuk Rashid Sidek dan Datuk Lee Chong Wei.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD