fb fb fb fb fb

KDA FC tewaskan KL Rovers 3-0

Foto Kedah Darul Aman FC

ALOR SETAR, 14 Disember- Kedah Darul Aman (KDA FC) membawa bekalan selesa selepas menewaskan KL Rovers, 3-0 pada perlawanan suku akhir pertama Bolasepak MFL Challenge Cup 2024-2025 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Beraksi tanpa beberapa tonggak utama termasuk penyerang, Syafiq Ahmad yang kini bersama skuad Harimau Malaya tidak melemahkan pasukan KDA FC.

Pasukan kendalian jurulatih sementara, Victor Andrag lantas mula mendominasi permainan dengan asakan bertali arus ke kubu pelawat.

Namun ketangkasan penjaga gol, Ahmad Aysraaf Omar menafikan beberapa percubaan berbahaya tuan rumah.

Serangan bertali arus Sang Kenari akhirnya membuahkan hasil apabila Clayton Santos menanduk masuk gol pertama menerusi tandukan.

Bersambung babak kedua, KDA FC terus mengawal permainan.

Hasilnya Aiman Afif berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-64.

Minit ke-77, Ebenezer Assifuah terus menceriakan kem tuan rumah menerusi jaringan ketiga.

Biarpun Kedah terus mengasak kubu pelawat, namun tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan dan kedudukan 3-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Perlawanan suku akhir kedua antara kedua-dua pasukan akan diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras pada 22 Disember ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM