fb fb fb fb fb

KDA FC pertaruh pemain muda harungi saingan Liga A1

Tan Sri Mohd Daud Bakar bersama barisan pemain KDA FC - Foto FB KDA FC

ALOR SETAR, 24 Jun - Kedah Darulaman (KDA) FC kini membentuk pasukan baharu Sang Kenari menerusi pemain bawah 18, 20 dan 23 tahun bagi mengharungi saingan Liga A1 Semi Pro Ogos depan.

Ini susulan kebanyakan pemain utamanya sudah meninggalkan pasukan berkenaan.

Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar berkata, pihak kelab memperuntukkan RM2.9 juta untuk persiapan musim 2025-2026 termasuk bayaran gaji pemain-pemain baharu.

2406 SKN KDA FC PASUKAN BAHARU 2Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar - Foto FB KDA FC

Menurutnya, hanya seorang pemain lama, Zambri Pin akan bersama pasukan musim ini dan pihaknya akan mengumumkan barisan kejurulatihan baharu dalam masa terdekat untuk saingan Liga A1.

Tan Sri Mohd Daud berkata, meskipun Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut menyertai liga sama, pasukan Sang Kenari yakin penaja-penaja masih lagi menaruh kepercayaan kepada kelabnya untuk meneruskan saingan pada musim ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media hala tuju KDA FC di sini malam tadi.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK