fb fb fb fb fb

KDA FC juara Piala SMJ


LIKAS, 19 Februari- Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kekal di tangga teratas dengan perbezaan jaringan sekaligus dinobat juara sulung Piala Sabah Maju Jaya (SMJ), meski tewas di tangan tuan Rumah SABAH FC pada perlawanan terakhir pada malam Jumaat.

Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, Ia permulaan yang baik terutama dalam rangka mempersiapkan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Tambah beliau, objektif menyertai perlawanan pemanas badan itu tercapai...dengan barisan kejurulatihan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan sebelum aksi sebenar yang dijadualkan bermula 4 Mac.

Beliau turut berpuas hati dengan prestasi anak buahnya apabila setiap perancangan dan strategi yang dirancang, berjaya diterjemahkan. 

"Apa yang penting, objektif kita tercapai dengan pemain yang baik, kecergasan pemain dan persiapan pemain (yang baik) dalam perlawanan pertama di Sabah.

"Kita nampak kelemahan dan kekurangan, dari situ kita akan baiki (permainan),” katanya.

KDA FC unggul di tempat pertama meski berkongsi enam mata dengan TRW Kelantan FC di tempat kedua dan Sabah FC di tempat ketiga.

Sementara itu, Sarawak United di tangga terbawah tanpa memungut sebarang mata.

Kejohanan secara ‘round robin’ itu berlangsung di Stadium Likas di sini bermula 12 Februari lalu dan berakhir Jumaat malam itu menyaksikan KDA FC tewas 0-1 kepada Sabah FC pada perlawanan terakhir.

Media Baharu