fb fb fb fb fb

KBJB berhasrat lahirkan ramai pemain bola sepak berkualiti

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 16 Disember- Kelab Bolasepak Junior Bangi (KBJB) berhasrat membantu industri bola sepak negara melahirkan lebih ramai pemain berkualiti dan berdisipilin tinggi.

Menurut Timbalan Presiden KBJB, Abdul Halim Bahari, kelab itu setakat ini berjaya mencungkil bakat baharu disamping mendidik anak muda mengamalkan gaya hidup sihat.

"Kita ajar mereka bermain bola sepak yang betul mempunyai jati diri untuk menghormati orang tua.

"Kita juga beri peluang kepada mereka bermain sekiranya mempunyai potensi. Kita bawa mereka bermain di kejohanan-kejohanan luar", kata Abdul Halim yang ditemui selepas menjadi tetamu di Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di sini.

Tambah Abdul Halim, Pesuruhanjaya Sukan Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memberikan KBJB penarafan tiga bintang di dalam Program Penilaian Tadbir Urus dan Penarafan Bintang Badan Sukan pada 2021.

Selain itu, KBJB telah diterima sebagai ahli Piagam Supa Rimau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), yang bertujuan untuk menyeragamkan proses pembangunan akar umbi dan meningkatkan standard bolasepak negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD