fb fb fb fb fb

Jurulatih ikonik Universiti Alabama, Nick Saban umum bersara

Jurulatih Skuad American Football Universiti Alabama, Nick Saban

MIAMI, 11 Januari- Nick Saban, jurulatih terkemuka pasukan American Football Universiti Alabama, mengumumkan akan bersara pada Rabu.

Saban, 72, telah memenangi tujuh kejuaraan sepanjang kariernya dengan enam daripadanya diperoleh ketika mengendali Crimson Tide Universiti Alabama.

"Universiti Alabama telah menjadi tempat yang sangat istimewa untuk (isteri saya) Terry dan saya," kata Saban dalam satu kenyataan di laman web pasukan itu.

"Kami telah menikmati setiap minit selama 17 tahun kami menjadi ketua jurulatih di Alabama serta menjadi sebahagian daripada komuniti Tuscaloosa. Ia bukan hanya tentang berapa banyak perlawanan yang kami menang dan kalah, tetapi ia mengenai legasi dan bagaimana kami melaluinya.

"Kami sentiasa cuba melakukannya dengan cara yang betul. Matlamatnya adalah sentiasa membantu pemain mencipta lebih nilai untuk masa depan mereka, menjadi pemain terbaik dan lebih berjaya dalam hidup kerana mereka adalah sebahagian daripada program ini. Kami mempunyai peluang itu, dan kami akan sentiasa menganggap Alabama sebagai rumah kami," katanya.

Saban menghabiskan sebahagian besar kerjayanya dalam kancah liga univeristi walaupun dia mempunyai dua musim, kebanyakannya mengecewakan sebagai ketua jurulatih Miami Dolphins sebelum menyertai Alabama.

Saban mula melakar nama selaku jurulatih Michigan State sebelum mengambil alih Louisiana State University, memenangi gelaran kebangsaan pada tahun 2003.

Bagaimanapun, karier bersama Alabama sudah tentu yang paling manis setelah membawa pasukan itu memenangi kejuaraaan dalam setiap musim sejak 2008 dan membantu menjulang empat kali Piala Heisman.

Saban menjadi watak penting dalam pengahasilan bakat pemain NFL dengan 123 pemain, setakat ini.

Dalam playoff NFL tahun ini, produk daripada Alabama berada dalam 13 daripada 14 pasukan dengan 36 bekas pemain Crimson Tide dalam senarai aktif, skuad latihan atau simpanan pasukan playoff yang cedera.

Di samping gelaran kebangsaan, Saban memenangi 11 kejuaraan dalam Southeastern Conference (SEC) yang sangat kompetitif.

"Ringkasnya, Nick Saban adalah salah seorang jurulatih terhebat sepanjang zaman, dalam mana-mana sukan, dan Universiti Alabama bertuah kerana dia telah mengetuai program selama 17 musim yang lalu," kata Pengarah Olahraga Alabama Greg Byrne.

"Sepanjang kerjayanya sebagai ketua jurulatih, pasukannya telah memenangi tujuh kejohanan kebangsaan, 11 kejohanan persidangan dan 312 perlawanan, dan dia telah membangunkan 49 pilihan draf pusingan pertama NFL rekod NCAA dan, yang paling penting, ratusan graduan kolej. Dia adalah jurulatih, mentor dan pemimpin yang sempurna, dan impaknya dirasai jauh di luar padang bola sepak," katanya.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE