fb fb fb fb fb

Jorge Jesus kembali ke Saudi sebagai jurulatih Al-Nassr

Foto Reuters

RIYADH, 15 Julai - Al-Nassr telah melantik jurulatih Portugal, Jorge Jesus, pada Isnin, dua bulan selepas dia meninggalkan seteru utama mereka dalam Liga Pro Saudi, Al-Hilal.

Jurulatih berusia 70 tahun itu memenangi tiga gelaran domestik dalam penggal keduanya bersama Al-Hilal yang berpangkalan di Riyadh pada musim 2023-2024, tetapi meninggalkan kelab tersebut pada Mei selepas mereka tewas di separuh akhir Liga Juara-Juara AFC kepada pasukan Arab Saudi, Al-Ahli.

“Rasmi: Encik Jorge Jesus adalah jurulatih baharu Al-Nassr,” menurut kenyataan kelab Saudi itu di X.

Bekas pemenang Copa Libertadores bersama Flamengo dari Brazil itu yang menggantikan jurulatih Itali Stefano Pioli, telah menandatangani kontrak selama setahun dengan Al-Nassr.

Juara Saudi sebanyak sembilan kali, Al-Nassr, turut melanjutkan kontrak pemenang lima kali Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo, yang kini berusia 40 tahun sehingga tahun 2027.- REUTERS

AZRUL FAIZAL JUSOH