fb fb fb fb fb

Jordan cipta sejarah, layak ke pentas akhir Piala Asia Qatar 2023

Foto AFP

DOHA, 7 Februari- Jordan mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia Qatar 2023 selepas menewaskan Korea Selatan 2-0 dalam aksi separuh akhir, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan Hussein Ammouta mencipta sejarah, kali pertama layak ke pentas akhir.

Aksi di Stadium Ahmed bin Ali nyata memihak kepada Jordan apabila dua jaringan pada babak kedua menyekat kemaraan skuad kendalian Jurgen Klinsmann.

Korea Selatan dilihat bergelut untuk mengimbangi corak permainan Jordan.

Penjaga golnya, Jo Hyeonwoo terpaksa bekerja keras apabila menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari Jordan.

Jaringan Son Heung Min pada minit ke-19 turut dibatalkan kerana ofsaid.

Yazan Al-Naimat dan Musa Al-Taamari menceriakan penyokong mereka apabila meledak gol masing-masing pada minit ke-53 dan 66.

Jordan akan menanti lawan di pentas akhir, sama ada Qatar atau Iran yang akan membuat perhitungan malam nanti.

Terdahulu, Jordan yang diundi dalam Kumpulan E bersama Malaysia, Bahrain dan Korea Selatan layak ke pusingan 16 meski berada di tangga ketiga kumpulan.

Jordan kemudian bertemu bekas juara 2007 iaitu Iraq pada pusingan 16, bagaimanapun mencatatkan keputusan positif, menang 3-2.

Tajikistan yang menanti di pusingan suku akhir terpaksa akur dengan kehebatan skuad The Chivalrous itu apabila mereka tewas tipis 0-1.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM