fb fb fb fb fb

Dhabitah, Pandelela Rinong gagal ke Olimpik Paris 2024

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan gandingannya, Nur Dhabitah Sabri terlepas tiket untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Keputusan itu menyaksikan pasangan atlet terjun negara hanya menamatkan saingan acara 10 meter (m) platform seirama di kedudukan ke-12 di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, malam tadi.

Gandingan itu gagal menampilkan prestasi terbaik mereka untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.

Kelmarin, Pandalela yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 turut terlepas tiket ke Paris dalam acara kegemarannya 10 meter platform individu selepas menamatkan saingan di tempat ke-29 dengan mengumpul 231.15 mata, sekali gus gagal ke separuh akhir.

Terdahulu, dua penerjun lelaki negara, Ooi Tza Lian dan Muhammad Syafiq Puteh tersingkir di pusingan kelayakan 3 meter papan anjal invidu lelaki selepas masing-masing hanya menduduki tempat ke-23 dan 45.

Sukan Olimpik Paris 2024 dijangka berlangsung pada 26 Julai 2024 dengan 329 acara pingat menjadi taruhan, dalam 32 kategori sukan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM