fb fb fb fb fb

Joao Fonseca catat kemenangan sulung di Eastbourne

Joao Fonseca/foto Reuters

EASTBOURNE, 24 Jun – Bintang tenis remaja Brazil, Joao Fonseca mencatat kemenangan pertama di peringkat jelajah gelanggang rumput selepas menewaskan pemain Belgium, Zizou Bergs 6-7(8), 6-0, 6-3 dalam pusingan pertama Kejohanan ATP Eastbourne, malam tadi.

Walaupun tewas set pertama dalam penentuan tie-break, Fonseca bangkit cemerlang memenangi set kedua tanpa memberi sebarang mata kepada lawan.

Dia kemudiannya mendominasi set penentuan dengan memanfaatkan kelemahan Bergs untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua dan dijadual bertemu juara bertahan, Taylor Fritz.

Dalam perlawanan lain, Lorenzo Sonego dari Itali menewaskan Fabian Marozsan dari Hungary 6-2, 6-4 dan bakal berdepan pilihan keempat, Ugo Humbert.

Wildcard tuan rumah, Daniel Evans turut mencatat kemenangan selepas menundukkan Miomir Kecmanovic 3-6, 6-4, 6-4 dan akan menentang Tommy Paul di pusingan kedua.

Seorang lagi pemain Itali, Mattia Bellucci mengatasi Quentin Halys 6-4, 6-2 untuk bertemu pemenang antara Giovanni Mpetshi Perricard dan Cameron Norrie.

AZRUL FAIZAL JUSOH