NYON, 4 Disember - Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengumumkan Jerman dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Euro Wanita 2029, dengan England bakal hadir sebagai juara bertahan dua kali berturut-turut.
Pemilihan itu menyaksikan Jerman menewaskan bidaan Poland serta bidaan bersama Sweden-Denmark, sekali gus menjadi tuan rumah kejohanan berprestij tersebut buat kali ketiga dalam sejarah, hanya lima tahun selepas menganjurkan Euro lelaki.
Jerman juga merupakan pasukan paling berjaya dalam sejarah Euro Wanita dengan lapan gelaran kejuaraan.-AFP