JEDDAH, Arab Saudi, 27 Jun - Persekutuan Bolasepak Antarabangsan (FIFA) memberitahu, Piala Dunia Kelab 2023 akan berlangsung di bandar Jeddah Arab Saudi.
Menurut Presiden SAFF Yasser Al Misehal, keputusan itu dibuat selepas lawatan delegasi FIFA ke Jeddah pada minggu lalu untuk menilai persiapan menjelang kejohanan itu.
"Kami gembira kerana Jeddah, dengan kemudahan terkini dan reputasinya untuk menganjurkan acara sukan antarabangsa utama, dipilih sebagai bandar tuan rumah bagi Piala Dunia Kelab FIFA," katanya.
Kejohanan itu, yang akan berlangsung dari 12 hingga 22 Disember ini, akan diadakan di Arab Saudi buat pertama kalinya, seperti diumumkan sebelum ini; pada Februari lalu.
Piala Dunia Kelab untuk edisi 2023 akan menjadi yang terakhir dalam format semasa - pertandingan tahunan dengan tujuh pasukan dan akan dihentikan sebelum diperbesarkan kepada 32 pasukan; kali pertama diadakan pada 2025 di Amerika Syarikat. – REUTERS