fb fb fb fb fb

JDT lancar jersi baharu

Foto FB johorsoutherntigers.com.my

JOHOR BAHARU, 25 April -Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC melancarkan jersi baharu bagi musim 2024-2025 dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah

Skuad itu masih mengekalkan jenama Nike sebagai pengeluar jersi pasukan yang didatangkan dengan dua rekaan iaitu jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka.

Sementara itu, jersi perlawanan di gelanggang lawan kekal dengan warna putih sebagai warna utama di samping terdapat jalur merah pada bahagian lengan dan leher jersi.

Lebih menarik jersi khas untuk penyokong golongan wanita turut dijual atas permintaan ramai.

Tambahan ciri unik yang membezakan dengan jersi terdahulu adalah nama Harimau Selatan di bahagian dalam belakang jersi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD