fb fb fb fb fb

Piala Dunia Sepak Takraw 2024 :Malaysia sedia hadapi cabaran

Ketua jurulatih Sepak Takraw Kebangsaan, Ahmad Jais Baharun / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 April - Ketua jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun tidak pandang mudah terhadap semua cabaran yang bakal dihadapi pasukan negara pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Kuala Lumpur Mei ini.

Ketua jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun tidak pandang mudah terhadap semua cabaran yang bakal dihadapi pasukan negara pada kejohanan tersebut.

Jelas beliau, pasukan kebangsaan perlu sentiasa dalam keadaan bersedia berdepan apa jua cabaran.

" Bagi kita, kita melihat semua adalah merupakan pencabar negara namun kita percaya dengan kemampuan yang kita ada pada pemain pasukan negara lebih-lebih lagi dengan sokongan dan juga harapan para peminat yang sentiasa berada di belakang pasukan negara kita berkeyakinan para pemain dapat mempamirkan prestasi yang lebih baik", katanya demikian ketika ditemui RTM di sini.

Ketika ini 21 pasukan telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 18 hingga 26 Mei ini

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD