fb fb fb fb fb

JDT juara Piala Malaysia 2025, menang 2-1

Foto FB MFL

KUALA LUMPUR, 26 April-Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Piala Malaysia 2025 selepas menundukkan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Kejayaan itu sekali gus menamatkan rekod musim ini sebagai juara treble.

Sri Pahang mengejutkan JDT menerusi jaringan T. Saravanan seawal minit ke-15, namun JDT bangkit melalui penalti, Bergson da Silva pada minit ke-54.

Pemain paling bernilai Liga Malaysia, Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan kemenangan skuad Harimau Selatan menerusi sepakan deras kaki kirinya pada minit ke-73.

Kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain selepas perancang Sri Pahang, Sergio Aguero dan pertahanan JDT, Park Jun-heong dilayangkan kad merah pada pertengahan perlawanan akibat kekasaran.

Kemenangan berkenaan melengkapkan musim gemilang JDT selepas turut menjuarai Liga Super dan Piala FA selain menambah koleksi Piala Malaysia kelima dalam sejarah kelab.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM