(Benjamin Mora, Ketua Jurulatih JDT)
Iskandar Puteri, 25 Jun- Johor Darul Takzim, JDT merampas semula kedudukan pendahulu liga super selepas membelasah Selangor FC, 5-1 dalam aksi di Stadium Sultan
Ibrahim, Iskandar Puteri, pada malam Jumaat.
Tuan rumah tidak menunggu lama untuk didepan menerusi jaringan Bergson Da Silva pada minit ke-3.
Fernando Forestieri menambah gol kedua JDT pada minit ke-24, menerusi sepakan percuma setelah dijatuhkan Quentin Cheng Jiun Ho.
10 minit berselang, giliran Leandro Velazquez pula merekodkan nama selaku penjaring ketiga JDT.
(Velazquez cuba melepasi kekangan pemain Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi pada perlawanan Liga Super
di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat/BERNAMA)
Babak kedua menyaksikan hantaran lintang pemain sensasi JDT, Bergson menghadiahkan jaringan keempat buat pasukan itu.
Gol tunggal Selangor akhirnya muncul pada minit ke-82, hasil jaringan Mohd Nor Hakim Hassan.
Pesta gol JDT disempurnakan Mohamadou Sumareh, selepas menanduk masuk hantaran lintang Safawi Rashid.
Kemenangan tersebut meletakkan JDT di tangga teratas liga dengan 19 mata, selepas 7 perlawanan.
.