fb fb fb fb fb

Jadual padat menanti TSG di Turki

KUALA TERENNGANU, 19 Julai- Jadual padat perlumbaan berprestij dunia menanti gergasi sukan berbasikal Asia Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) yang kini dalam misi untuk mempertahanan kejuaraan Asia dan pasukan terbaik antara benua.

Grand Prix Erciyes, Grand Prix Kayseri dan Grand Prix Yahyali perlumbaan yang kesemuanya berstatus 1.2 badan induk berbasikal dunia (UCI) melengkapkan 3 siri perlumbaan buat TSG yang perlu ditempuhi sepenuhnya di bumi Turki nanti.

Dua perlumbaan secara berturut-turut terpaksa ditempuhi menyaksikan perlumbaan Grand Prix Erciyes menjadi cabaran pertama pada 23 Julai dan selang sehari sebelum kayuhan memburu podium di perlumbaan
Grand Prix Kayseri.

Manakala perlumbaan Grand Prix Yahyali dijadualkan seminggu selepas itu iaitu pada 31 memberi cukup rehat buat pasukan untuk mengatur kayuhan.

Terkini, TSG masih mendahului tangga kedudukan teratas Jelajah Asia dengan kutipan 863.75 perlumbaan mendahului Almaty Cycling Team dari Kazakhstan di tangga kedua dengan jurang 305.25 mata.

Pasukan Taskent City Profesional Cycling Team dari Uzbekistan pula di tangga ketiga Jelajah Asia.

Situasi ini sekali gus meletakkan TSG berada di tangga kedudukan ke-33 terbaik di seluruh dunia setanding dengan pasukan yang berentap di siri jelajah yang lebih ternama.

Selain memberi fokus di pentas kejuaraan Asia, TSG juga akan terus berkampung di Turki bagi menjalani kem latihan beraltitud tinggi yang juga merupakan serampang dua mata buat pasukan untuk memberi fokus dalam persediaan ke pentas Le Tour De Langkawi(LTDL) pada Oktober nanti.

Lima pelumba TSG yang dibarisi sepenuhnya anak jati Terengganu diketuai oleh pelumba Wan Abdul Rahman Hamdan kini dalam perjalanan menuju ke Turki bagi membuat persiapan awal sebelum perlumbaan membuka tirai nanti.


(Pelumba-pelumba TSG ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebelum berlepas ke Turki)

Media Baharu