fb fb fb fb fb

ISTAF laksana kiraan mata baharu, bermula Februari 2024

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) mengesahkan pelaksanaan sistem kiraan 15 mata bagi semua pertandingan domestik dan antarabangsa diwajibkan bermula 1 Februari, tahun depan.

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan garis panduan baharu itu.

Selain diberikan amaran keras dan akan berdepan tindakan daripada ISTAF. 

Semua pengadil ISTAF dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) juga diarah mematuhi peraturan baharu tersebut.

Sistem kiraan baharu itu diluluskan ketika mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw Dunia ke-36 Piala Raja Thai 2023, 15 Julai lepas.

Menerusi sistem kiraan itu, pasukan terikat 14-14, regu pertama yang meraih mata ke-17 akan muncul pemenang.

Selain itu, setiap regu juga kini memperoleh satu servis sahaja berbanding tiga sebelum ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM