KUALA LUMPUR, 23 Disember- Kalendar Kejuaraan Cub Prix Malaysia musim 2024 menyaksikan 10 pusingan bakal berlangsung dengan saingan pembuka tirai dijadual bermula di Litar Jasin Bestari, Melaka Mac depan.
Pengumuman rasmi itu dimaklumkan promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual (SAM) dan pengarah promosinya, Ron Hogg menyatakan ia bukti pencapaian bermakna buat mereka.
Usaha mereka selama tiga dekad dalam pembinaan dan pembangunan sukan permotoran dua roda di peringkat nasional membuahkan hasil.
Musim 2023 yang tamat November lalu menyaksikan gelaran juara keseluruhan kelas utama CP150 menjadi milik pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Akid Aziz.
Pasukan CKJ Racing turut meraih penamat musim, cemerlang apabila seorang lagi pelumbanya, Ahmad Afif Amran muncul sebagai naib juara keseluruhan dibelakang rakan sepasukannya.