ATLANTA, 17 Jun- Bintang Inter Miami, Lionel Messi dan Luis Suarez, menyertai sesi latihan ringan pada Isnin sebagai persiapan menjelang aksi kedua Kumpulan A menentang Porto, Khamis ini di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta.
Walaupun tidak meledak jaringan dalam perlawanan pembukaan menentang kelab gergasi Mesir, Al-Ahly, Lionel Messi tetap mencuri tumpuan dengan aksi cemerlang serta kekal bebas kecederaan.
Bintang Argentina itu hampir mencipta gol kemenangan menerusi rembatan jarak jauh pada masa kecederaan yang terkena tiang, namun perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0, satu permulaan yang dianggap masih positif buat Inter Miami dalam kempen sulung mereka di kejohanan Piala Dunia Kelab.
Sementara itu, kmenangan ke atas kelab Portugal, Porto akan meletakkan Miami dalam kedudukan selesa untuk memburu slot ke peringkat kalah mati.
Perlawanan pembukaan mereka di Stadium Hard Rock turut menyaksikan kehadiran 60,927 penonton, sekali gus menepis kebimbangan terhadap sambutan hambar terhadap kejohanan edisi sulung 32 pasukan ini, setahun menjelang Piala Dunia 2026.-REUTERS