fb fb fb fb fb

Inter kembali fokus pertahan gelaran Serie A selepas euforia Liga Juara-Juara

FOTO REUTERS

MILAN, 8 Mei- Inter Milan tidak boleh berpesta terlalu lama selepas menempah tempat ke final Liga Juara-Juara dengan kemenangan dramatik, kerana mereka perlu segera fokus untuk mengejar pendahulu Napoli dan mempertahankan gelaran Serie A.

Jurulatih Simone Inzaghi dijangka merehatkan pemain utama dalam aksi menentang Torino Ahad ini, termasuk Lautaro Martinez dan Marcus Thuram yang cedera ringan.

Marko Arnautovic dan Joaquin Correa dijangka mengetuai serangan, manakala Frattesi berkemungkinan melakukan penampilan kesepuluh dalam liga musim ini.

Kemenangan ke atas Torino akan beri tekanan kepada Napoli yang akan bertemu Genoa, pasukan pertengahan liga tanpa banyak kepentingan.

Napoli terjejas dengan kecederaan beberapa tonggak termasuk Stanislav Lobotka, dengan Billy Gilmour dan Scott McTominay dijangka mengisi kekosongan di bahagian tengah.

McTominay kini menjadi penjaring terbanyak bersama Lukaku dengan 12 gol.

Sementara itu, Atalanta diramal tidak akan berganjak dari kedudukan ketiga dan akan bertemu Roma, Isnin ini.

Roma kini bersaing sengit merebut tempat ke Liga Juara-Juara bersama Juventus, Lazio dan Bologna.

Milan pula akan bertemu Bologna selepas ini, hanya lima hari sebelum pertemuan semula kedua-dua pasukan di final Coppa Italia.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE