CHIBA, 8 Mei- Pemain golf Australia, Lucas Herbert memulakan saingan dengan cemerlang apabila mencatat pusingan pembukaan tanpa bogey di Kejohanan International Series Japan di Chiba pada Khamis.
Herbert mencatat satu eagle dan tujuh birdie untuk menamatkan hari pertama dengan skor sembilan bawah par 62.
Pemain tuan rumah, Shunya Takeyasu ketinggalan dua pukulan di belakang Herbert selepas turut melakukan pusingan tanpa bogey dengan catatan tujuh bawah par 64.
Pemain Korea Selatan, Younghan Song pula satu pukulan di belakang Takeyasu.
Dua lagi wakil Jepun, Ren Yonezawa dan Shugo Imahira masing-masing berkongsi kedudukan keempat bagi melengkapkan kelompok lima teratas.
Sementara itu, pemain England Steve Lewton dan seorang lagi wakil Australia, Travis Smyth berkongsi kedudukan ke-12 dalam kejohanan bernilai AS$2 juta itu.-REUTERS