KUALA LUMPUR, 24 Januari- Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah meneruskan rentak kemenangan selepas mengesahkan tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Indonesia Masters 2025, hari ini.
Saingan yang berlangsung di Istora, Senayan, Jakarta itu menyaksikan gandingan di ranking ke-7 dunia itu berjaya menumpaskan wakil Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.
Pasangan itu meraih kemenangan mudah apabila hanya memerlukan 48-minit untuk menang straight set 21-16, 21-15.
Pearly-Thinaah akan meneruskan pemburuan meraih gelaran pertama musim ini berdepan gandingan Korea Selatan, Lee Yeon Woo-Lee Yu Lim perebutan tiket ke pusingan akhir, esok.
Antara pasangan lain yang mengikuti jejak sama pasangan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.