PARIS, 10 Januari-Bekas Kapten Perancis dan penjaga gol Tottenham Hotspurs, mengumumkan persaraannya daripada kancah bola sepak antarabangsa.
Pengumuman tersebut dibuat tiga minggu selepas negaranya tewas final Piala Dunia menerusi sepakan penalti di tangan Argentina di Doha, Qatar.
Beliau yang kini berusia 36 tahun, mengambil keputusan tersebut kerana merasakan telah cukup berkhidmat dan mahu menumpukan keriernya bersama kelab yang diwakilinya kini, Tottenham Hotspur.
Lloris, yang membuat penampilan sulung pada usia 21 tahun dalam perlawanan persahabatan menentang Uruguay pada November 2008, bersara selepas bergelar pemain paling banyak mewakili Perancis ketika Piala Dunia.
Bekas penjaga gol Nice dan Lyon itu pada kemuncak kerjayanya sempat mengetuai Perancis menang pada Piala Dunia 2018 di Russia.
(Penjaga gol dan Kapten Perancis, Hugo Lloris menjulang Piala Dunia 2018 di
Rusia/FOTO AFP)