fb fb fb fb fb

Hoki Piala Sultan Johor: Malaysia tamatkan kempen pada kedudukan keenam

JOHOR BAHRU, 29 Oktober- Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-10 melabuhkan tirai hari ini.

Skuad hoki bawah 20 tahun kebangsaan terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-6 selepas merekodkan beberapa siri aksi hambar sepanjang kejohanan.

Perlawanan terakhir di Stadium Hoki Taman Daya petang tadi menyaksikan skuad negara dan Afrika Selatan terpaksa beraksi dalam keadaan cuaca panas.


(Ketua Jurulatih Skuad Hoki bawah 20 kebangsaan, Muhammad Amin Rahim)

Awal permainan memperlihat aksi seimbang kedua-dua pasukan sebelum Afrika Selatan membuka tirai gol pada suku pertama menerusi Niel Raath.

Malaysia berjaya mengikat semula kedudukan hasil pukulan sudut penalti disudahkan Muhammad Amirul Hanif Mamat, seminit kemudian.

Kecuaian barisan pertahanan muda negara dihukum melalui jaringan padang Hans Neethling pada minit ke-25.

Niel Raath sekali lagi mencetak nama selaku penjaring menerusi penalti strok pada minit ke 36.

Cubaan Malaysia mengurangkan defisit gol akhirnya tiba pada minit 56, melalui pukulan sudut penalti disudahkan Mohamad Zulhanif Sahran.

Saingan berakhir dengan kekalahan skuad negara 2-3.

Kempen Malaysia pada edisi kali ini hambar, apabila tewas empat perlawanan berturut-turut sebelum mencatat keputusan seri 2 sama dengan Jepun pada peringkat kumpulan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Skuad Hoki bawah 20 kebangsaan, Muhammad Amin Rahim akan membuat pemilihan terbuka bagi senarai 25 hingga 30 pemain, sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja, di Kuala Lumpur, Disember tahun hadapan .

Beliau akan memberikan rehat 2 minggu kepada pemain, selepas tamat kempen Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor, sebelum pemilihan semula dijalankan.

Ketika ini, beliau mempunyai kira-kira 45 pemain yang layak diserapkan ke dalam skuad muda negara.

Bagaimanapun beberapa kriteria akan diambil kira, sebelum pemain diserap ke dalam pasukan.


"Kita akan bermain antara kita, sebab kita ada dalam 40 ke 45 pemain, jadi kita akan lihat daripada game..untuk saya senang, saya kaji sikap dan karektor..bukan hoki semua boleh main hoki..karektor, tingkah laku, disiplin..benda-benda ini yang saya akan lihat, saya hendak tengok karektar mereka untuk menang," katanya.

Beberapa kriteria akan diambil kira, sebelum pemain diserap ke dalam pasukan.

Beliau mengulas perkara itu selepas tamat kempen Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor yang menyaksikan Malaysia dikedudukan terakhir.

Hanya dua pemain pada aksi di kejohanan itu akan digugurkan berikutan melepasi had usia bagi menghadapi Piala Dunia Hoki Remaja, iaitu Penjaga Gol, Muhamad Amir Muhaimin dan Muhamad Syawal Abdul Razak.


Media Baharu