fb fb fb fb fb

'The Pocket Rocket Man Malaysia' kembali ke trek

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Pelumba basikal trek nombor satu negara, Azizulhasni Awang atau 'The Pocket Rocket Man Malaysia' bakal kembali beraksi selepas enam bulan berehat susulan pembedahan jantung April tahun ini.

Dalam satu ciapan di laman twitter, beliau memberitahu telah menerima undangan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi menyertai Liga Kejuaraan Trek musim ini yang bakal bermula bulan hadapan.

Dalam ciapan sama, beliau turut berkongsi rasa teruja untuk membuat kayuhan semula dalam usaha mengembalikan prestasi ke tahap terbaik menjelang Sukan Asia Huangzhou dan Olimpik Paris.

Dalam kejohanan itu nanti, Azizul dijangka berentap dengan 17 lagi pelumba terkenal dunia antaranya Matthew Richadson dari Australia, Esow Esow dari India dan Rayan Helal dari Perancis dalam kejohanan yang bakal bermula di Mallorca, diikuti Berlin, St Quentin En Yvelines dan London.

Terdahulu, beliau menjalani pembedahan jantung di Australia pada hujung April lalu selepas disahkan menghidap masalah jantung yang 'mengancam nyawa'.

Hasil pemeriksaan mendapati jantungnya mengalami masalah yang dipanggil ‘anomalous aortic origin of right coronary artery’ (AOORCA) sejak lahir.

Berkongsi pengalamannya, Azizul mengadu mengalami sakit dada pada Februari lalu dan dirujuk kepada pakar jantung di Melbourne, Dr Barveen Aisha untuk pemeriksaan lanjut.


(Foto FB Azizul Hasni Awang)

Media Baharu