JAKARTA, 31 Mei- Malaysia meneruskan aksi cemerlang apabila berjaya mencatat kemenangan bergaya ke atas Jepun 5-0 dalam perlawanan Hoki Piala Asia 2022.
Perlawanan terakhir kelompok ‘Super 4’ itu membuka tirai dengan skuad negara meraih gol pada suku pertama melalui pukulan Shello Silverius pada minit ke-15 hasil jaringan padang
Momentum jaringan Malaysia diteruskan selang 15 minit kemudian oleh Aiman Rozemi sebelum Muhammad Razie Abd Rahim meledak jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-35.
(Aksi skuad hoki Malaysia menentang Jepun di Jakarta, Indonesia)
Tidak lama selepsas itu,Muhammad Syafiq Hassan berjaya menyumbat jaringan keempat sebelum Mohamad Ashran Hamsani melengkapkan kemenangan negara pada minit ke-42.
Malaysia kini sedang menunggu keputusan perlawanan di antara Korea Selatan dan India bagi mengesahkan tempat ke pentas final.