BANGKOK, 16 Disember - Pasukan hoki lelaki negara, Speedy Tigers, mempamerkan aksi meyakinkan apabila menewaskan tuan rumah Thailand 6-2 dalam aksi Round Robin 4 Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.
Malaysia bermula cemerlang dengan jaringan awal oleh Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ketujuh sebelum Amanraj Singh menggandakan kelebihan seminit kemudian.
Separuh masa kedua menyaksikan Syed Syafiq Syed Cholan menambah gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-36.
Thailand merapatkan kedudukan melalui jaringan padang oleh Udomchok Phokphun pada minit ke-49, namun Malaysia terus menguasai permainan.
Thailand merapatkan kedudukan melalui jaringan padang oleh Udomchok Phokphun pada minit ke-49, namun Malaysia terus menguasai permainan.
Faiz Helmi Jali dan Norsyafiq Sumantri masing-masing menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-51 dan ke-52, sebelum Thailand menambah satu lagi gol menerusi Udomchok pada minit ke-59.
Jurulatih Speedy Tigers, Sarjit Singh, berkata keputusan itu menepati perancangan pasukan yang memberi fokus kepada fasa separuh akhir dan final kejohanan.
Menurutnya, format pertandingan menyaksikan pasukan di kedudukan pertama akan bertemu pasukan keempat, dan Malaysia dijangka menamatkan saingan kumpulan di tangga teratas.
“Separuh akhir nanti kita akan menentang Singapura. Sebelum ini kita menang 6-0. Di peringkat kumpulan, kita memberi peluang kepada semua pemain untuk beraksi, menggerakkan bola dan mencipta banyak peluang jaringan,” katanya.
Beliau menegaskan tumpuan utama pasukan kini adalah meningkatkan keberkesanan penyudah menjelang perlawanan penting separuh akhir dan final.