fb fb fb fb fb

Sukan SEA 2025: Boling hadiahkan pingat emas menerusi acara berpasangan lelaki

Gandingan Muhammad Rafiq Ismail-Muhammad Syazirol Shamsudin berjaya menewaskan Thailand dalam saingan akhir boling berpasangan lelaki Sukan SEA 2025./ FB MSN

BANGKOK, 16 Disember - Skuad boling negara berjaya menambah koleksi pingat emas untuk Kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2025 dalam acara berpasangan lelaki menerusi gandingan Muhammad Rafiq Ismail-Muhammad Syazirol Shamsudin.

Saingan akhir yang berlangsung di Major Cineplex Ratchayothin, Bangkok menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan pasangan Thailand, Lapasdanai Chusaeng - Vilinkorn Kledkaew biarpun berdepan saingan sengit.

Muhammad Rafiq dan Muhammad Syazirol konsisten sepanjang saingan untuk menamatkan aksi dengan keseluruhan 470 jatuhan pin.

Sementara Thailand sekadar berupaya mencatat 435 jatuhan pin dalam saingan akhir tersebut.

Terdahulu, Muhammad Rafiq dan Muhammad Syazirol melangkah ke saingan akhir selepas menewaskan pasangan dari Singapura B.

ZAZALI JAMIAN