LONDON, 15 Julai - Pasukan Liga Perdana Inggeris, Brentford kini di peringkat akhir untuk menandatangani kontrak bagi mendapatkan khidmat Jordan Henderson.
Bekas pemain England itu akan bertukar secara percuma dari Ajax Amsterdam ke Brentford selama dua tahun.
Henderson menyertai Ajax dari Al-Ettifaq, Arab Saudi pada Januari 2024 dan telah menunjukkan prestasi terbaik apabila kelab itu berjaya menamatkan saingan di tempat kedua di Eredivisie bulan lalu.
Beliau telah membuat 57 penampilan bersama Ajax dan menjaringkan satu gol.
Kontrak Henderson bersama Ajax masih berbaki setahun.-REUTERS