(FOTO BERNAMA)
YANGON, 21 Disember- Skuad Harimau Malaya bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Myanmar, 1-0 dalam pertemuan pertama kumpulan B saingan Piala AFF.
Kemenangan di Stadium Thuwunna itu, sekali gus menyaksikan Malaysia memadam rekod buruk beraksi di gelanggang keramat Myanmar itu sejak 2016.
Jaringan Faisal Halim pada minit ke-52 sudah cukup untuk Malaysia membawa pulang tiga mata penuh.
Kecemerlangan penjaga gawang, Syihan Hazmi turut mencuri perhatian apabila menyelamatkan sepakan penalti oleh Myat Kaung Khant untuk memastikan kemenangan buat pasukan negara.
Dalam rekod empat pertemuan terakhir sejak 2008, skuad negara tunduk tiga kali dan seri sekali kepada Myanmar sebelum menang 3-0 semasa peringkat kumpulan Piala AFF 2018.
Selepas Myanmar, Malaysia dijadual meneruskan kempen dengan menetang Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember ini, diikuti Vietnam di Hanoi tiga hari berselang dan Singapura pada 3 Januari di Kuala Lumpur.
(FOTO BERNAMA)