fb fb fb fb fb

Haqimi tekad balas kepercayaan, dipanggil jalani latihan pusat pertama bersama Harimau Malaya

PETALING JAYA, 2 Disember- Penyerang muda Kuala Lumpur City FC, Muhammad Haqimi Azim Rosli bertekad membalas kepercayaan Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon yang memanggilnya menjalani kem latihan skuad Harimau Malaya.

Ini panggilan pertama buat Haqimi dalam skuad kebangsaan yang kini sedang melakukan persiapan ke saingan Piala AFF 2022.

Meskipun terpaksa bersaing dengan pemain lebih senior, namun pemain berusa 19 tahun itu berazam merebut tempat dalam skuad terakhir yang akan dibawa ke kempen itu nanti.


(Ini panggilan pertama buat Haqimi dalam skuad kebangsaan yang kini
sedang melakukan persiapan ke saingan Piala AFF 2022)

"Saya belajar sesuatu yang baru di bawah Pan Gon. Ia sesuatu yang sukar, tetapi saya akan cuba yang terbaik," katanya kepada pemberita pada latihan hari ketiga skuad negara di Wisma FAM, di sini.

Seorang lagi pemain yang pertama kali dipanggil, Sergio Aguero menyifatkan peluang mewakili Malaysia adalah sesuatu yang terbaik dalam kariernya.

"Sebagai pemain bola sepak, saya bekerja keras untuk berada di sini. Saya akan bermain dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Media Baharu