fb fb fb fb fb

Grace Wong pecah rekod sukan SEA, sambar emas dengan lontaran 65.41m

Jaguh baling tukul besi wanita negara Grace Wong Xiu Mei raih emas, cipta rekod temasya dengan catatan 65.41 meter (m) sempena Sukan SEA di Suphachalasai Stadium, National Stadium, Bangkok hari ini / Foto BERNAMA

BANGKOK, 12 Disember - Jaguh lontar tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei, sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ratu tukul besi Asia Tenggara apabila tampil dengan aksi luar biasa untuk merangkul pingat emas di Sukan SEA 2025, mencatatkan jarak lontaran 65.41 meter.

Bukan sekadar mengungguli pertandingan, atlet kelahiran Sarawak itu turut melakar sejarah apabila lontaran tersebut memecahkan rekod Sukan SEA, rekod kebangsaan serta catatan peribadi terbaik (PB), menjadikannya satu daripada persembahan paling dominan dalam sejarah acara itu di rantau ini.

Acara yang berlangsung di Stadium Olahraga Bangkok itu menyaksikan Grace mengatasi enam peserta lain dengan margin yang besar, mengukuhkan reputasinya sebagai atlet elit Malaysia yang konsisten berada di kelas tersendiri.

Dua atlet tuan rumah melengkapkan kedudukan podium, dengan Koomphon Mingkamon meraih perak menerusi catatan 60.74 meter, manakala Kaewasukri Sawitree membawa pulang gangsa selepas melakukan lontaran sejauh 57.27 meter.

Seorang lagi perserta , Malaysia Nurul Hidayah Lukman, yang menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan 52.21 meter.

AMIRULL SHAFFIQ BIN ABDUL GHANI