(Messi pada perlawanan antara Olympique Lyonnais (OL) dan Paris Saint-Germain
(PSG) di Stadium Groupama/AFP)
PARIS, 19 September- Lionel Messi menembusi gawang selepas lima minit ketika Paris Saint-Germain (PSG)menewaskan Lyon 1-0 seterusnya merampas kedudukan teratas Ligue 1 daripada Marseille awal pagi tadi.
Neymar membantu jaringan oleh pemain Argentina itu menerusi bantuan ketujuh hantaran yang membuahkan gol dalam lapan aksi Ligue 1 setakat ini.
Kemenangan itu meletakkan PSG dua mata di depan Marseille yang sebelum itu mendahului liga dengan keputusan seri 1-1 di gelanggang sendiri menentang Rennes.
Lorient menang 3-1 mengatasi Auxerre, tiga mata di belakang pendahulu itu.
Lens jatuh ke kedudukan keempat selepas seri tanpa jaringan di Nantes.
"PSG bermain dengan hebat malam ini, menentang pasukan sukar yang sedang menunggu kami," kata jurulatih PSG Christophe Galtier.
“Kami menjaringkan gol yang baik dan boleh menjaringkan gol lain.
"Kami jauh lebih seimbang, Neymar khususnya memberi kami keseimbangan yang sangat diperlukan.
"Walaupun kami kurang bergerak pada babak kedua, kami masih ada banyak peluang." katanya.
PSG beraksi hebat pada separuh masa pertama, namun lawan mereka bangkit selepas rehat dengan Johann Lepenant masuk menggantikan Corentin Tolisso yang keletihan.
Tetapi pasukan Galtier bertahan menyaksikan kekalahan ketiga Lyon musim ini.
((Lionel Messi memberi reaksi gembira selepas menjaringkan gol pada perlawanan bola sepak
L1 Perancis antara Olympique Lyonnais (OL) dan Paris Saint-Germain (PSG) di Stadium Groupama/
Trio serangan 'MNM' milik Galtier sedang melalui prestasi terbaik apabila lapan gol sudah dijaringkan Neymar dalam Ligue, tujuh buat Kylian Mbappe dan empat Messi.
Terdahulu, pemain tengah Marseille Matteo Guendouzi menjaringkan kedua-dua gol ketika seri 1-1 di tempat sendiri menentang Rennes.
Guendouzi menewaskan penjaga gol tuan rumah Pau Lopez untuk memberikan kelebihan kepada Rennes selepas 26 minit tetapi bekas pemain Arsenal itu menebus dirinya dengan tandukan melepasi bekas penjaga gol Marseille, Steve Mandanda tujuh minit selepas waktu rehat. -AFP