fb fb fb fb fb

GG Expo tarik minat 5000 belia

(Foto Hiasan)

PUNCAK ALAM, 25 Jun-"Gamers Gig Expo (GG EXPO)" E-Sukan anjuran UiTM Puncak Alam berjaya menarik perhatian lebih 5000 belia yang merupakan peminat tegar
e-Sukan secara fizikal dan talian.

Kejohanan yang berlangsung pada 24 sehingga 25 Jun itu dianjurkan oleh pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Majlis menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15000 bagi permainan Mobile Legend : Bang Bang dan PUBG.

Seramai 72 kumpulan yang terdiri daripada pelajar UiTM, insitusi Pengajian Awam dan Swasta serta orang awam menyertai pertandingan berkenaan.

Program berkenaan turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan e-Sukan untuk Mobile Legends dan PUBG, sesi GGTalk serta pameran berkaitan dunia e-Sukan.

Menerusi satu kenyataan, GG EXPO yang bekerjasama dengan Team Haq sebuah pasukan yang terkenal dalam e-sukan akan terus membangunkan industri e-sukan bagi
menjadikan Malaysia sebagai negara tumpuan aktiviti sukan berasaskan permainan video itu.

Selain itu, penganjuran program berkenaan bertujuan memberi pendedahan mengenai industri e-Sukan yang mampu memberi impak ekonomi besar.

Media Baharu