fb fb fb fb fb

George Russell Raih Kemenangan Pertama Mercedes Formula 1 Kanada

GEORGE RUSSELL/REUTERS

MONTREAL, 16 Jun- George Russell meraih kemenangan pertama Mercedes dalam musim Formula One di Kanada pada Ahad.

Manakala Oscar Piastri dari McLaren mendahului 22 mata dalam kejuaraan selepas rakan sepasukan Lando Norris terkeluar dari perlumbaan selepas melanggar Piastri.

Max Verstappen dari Red Bull yang berharap untuk menang bagi mengekalkan rekod tahun keempat berturut-turut di Litar Gilles Villeneuve Montreal, menduduki tempat kedua.

Rakan sepasukan baru Russell berusia 18 tahun dari Itali, Kimi Antonelli menduduki tempat ketiga untuk podium F1 pertamanya.

Piastri berada di tempat keempat dengan kereta keselamatan memasuki litar pada pusingan terakhir selepas Norris melanggar bahagian belakang kereta Piastri ketika cuba memintas.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc dan Lewis Hamilton menduduki tempat kelima dan keenam dengan Fernando Alonso di tempat ketujuh untuk Aston Martin dan Nico Hulkenberg memberi mata untuk Sauber di tempat kelapan.

Esteban Ocon berada di tempat kesembilan untuk Haas dalam perlumbaan ke-200 mereka dengan Carlos Sainz di tempat ke-10 untuk Williams.

AZRUL FAIZAL JUSOH