FOTO AFP
LONDON, 10 Februari- Pemain pertahanan West Ham, Kurt Zouma telah didenda dengan ”jumlah semaksimum yang mungkin" kerana menganiaya kucing peliharaannya.
"West Ham United boleh mengesahkan bahawa Kurt Zouma telah didenda dengan jumlah yang tinggi berikutan tindakannya dalam video yang tular di media sosial“ kata kelab itu dalam satu kenyataan pada Rabu.
"Pemain itu akui kesalahannya sekaligus segera membayar denda itu dan telah meminta agar ia didermakan kepada badan kebajikan haiwan."
Susulan daripada itu, badan kebajikan haiwan RSPCA telah mengambil dua kucing milik Zuma untuk diletakkan di bawah jagaan mereka.
Pemain antarabangsa Perancis itu, yang bermain menentang Watford dalam Liga Perdana pada Selasa, telah dikutuk secara meluas selepas tular video menunjukkan dia mencederakan haiawan itu.-AFP