FOTO AFP
DHAKA, 10 Februari- Bekas batsman Afrika Selatan Ashwell Prince meletak jawatan sebagai jurulatih pemukul pasukan kriket kebangsaan Bangladesh hari ini, kata pihak berkuasa kriket negara itu.
"Kami telah menerima surat peletakan jawatan daripada Prince hari ini melalui e-mel. Peletakan jawatannya telah diterima," kata ketua pegawai eksekutif Lembaga Kriket Bangladesh, Nizamuddin Chowdhury kepada AFP.
Nizamuddin berkata Prince meletakkan alasan masalah peribadi untuk meletak jawatan.
Perletakan jawatannya serentak dengan pelantikan bekas ketua jurulatih Jamie Siddons sebagai perunding pemukul pasukan.
Siddons, berasal dari Australia yang melatih Bangladesh dari 2008 hingga 2011, mengambil peranan itu dalam kontrak dua tahun awal bulan ini.
Prince dilantik sebagai perunding pemukul sepenuh masa Bangladesh pada Ogos tahun lalu sehingga Piala Dunia Twenty20 2022, selepas bekerja dengan pasukan semasa siri menentang Zimbabwe.
Batsman kidal berusia 44 tahun itu dberaksi senayk 119 kali ketika bersama skuad kebangsaan Afrika Selatan dalam ketiga-tiga format.
Dalam siri seterusnya Bangladesh bakal melayan kunjungan Afghanistan bulan ini dan seterusnya untuk tiga perlawanan antarabangsa dan serta siri Twenty20 antarabangsa.-AFP