fb fb fb fb fb

Gabriel Diallo rangkul kejuaraan ATP sulung di Rosmalen

Pemain muda Kanada, Gabriel Diallo, tersenyum bangga sambil menjulang trofi kejuaraan selepas menewaskan Zizou Bergs dalam aksi Rosmalen Grass Court Championships di Rosmalen, Belanda

'S-HERTOGENBOSCH, 16 Jun- Pemain muda Kanada, Gabriel Diallo, akhirnya mengecap kejuaraan sulung ATP Tour selepas menewaskan Zizou Bergs 7-5, 7-6(8) dalam aksi akhir Rosmalen Grass Court Championships, pada Ahad.

Dalam penampilan keduanya di pentas penentuan ATP selepas tewas kepada Karen Khachanov di Almaty tahun lalu, Diallo tampil tenang dan konsisten, tidak membenarkan lawannya dari Belgium memenangi lebih daripada satu game berturut-turut sepanjang perlawanan.

Diallo, 23, juga menyelamatkan dua break point penting yang dimiliki Bergs dan bangkit dari ketinggalan 6-4 dalam penentuan tiebreak set kedua dengan memenangi tiga mata berturut-turut sebelum mengesahkan kejuaraan.

Kemenangan itu menyaksikan, Diallo menjadi pemain lelaki Kanada keempat sejak tahun 2000 yang memenangi gelaran di peringkat Jelajah ATP dan yang pertama melakukannya dalam kejohanan gelanggang rumput.

Kejayaan di 's-Hertogenbosch bukan sahaja mencipta sejarah peribadi buat Diallo, malah turut meletakkannya dalam radar sebagai antara prospek baharu tenis dunia musim ini.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE