fb fb fb fb fb

Fritz, Shelton mara ke suku akhir Terbuka Stuttgart

Taylor Fritz/ REUTERS

STUTTGART, 12 Jun- Pemain pilihan kedua dari Amerika Syarikat, Taylor Fritz, meneruskan persiapan menjelang Wimbledon dengan langkah bergaya apabila menewaskan wakil Perancis, Quentin Halys, 6-3, 7-6(6) untuk mara ke suku akhir Terbuka Stuttgart.

Pemain nombor tujuh dunia itu mempamerkan aksi bertenaga apabila mencatat 12 ace dan 32 pukulan kemenangan dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 23 minit.

Fritz, 27, pernah dua kali mara ke suku akhir di Wimbledon, akan berdepan pemain Hungary, Marton Fucsovics, dalam saingan seterusnya di kejohanan bertaraf ATP 250 itu. Fucsovics sebelum itu menewaskan pemain Perancis, Arthur Rinderknech, 7-6(4), 6-3 untuk menempah slot suku akhir.

Seorang lagi wakil Amerika, pemain pilihan ketiga Ben Shelton, turut mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Pierre-Hugues Herbert dari Perancis, 7-6(4), 7-5 dalam masa hanya 50 minit.

Pemain berusia 22 tahun itu kini menduduki tangga ke-12 dunia itu akan berdepan pilihan kelapan dari Republik Czech, Jiri Lehecka, yang menewaskan wakil tuan rumah Jan-Lennard Struff, 6-4, 7-5.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI