fb fb fb fb fb

Fernandez menang kejuaraan WTA 500 pertama di Terbuka DC

Pemain tenis wanita Kanada, Leylah Fernandez/Foto REUTERS

WASHINGTON, 28 Julai – Pemain tenis Kanada, Leylah Fernandez, mencatat kejayaan terbesar dalam kariernya apabila menewaskan Anna Kalinskaya 6-1, 6-2 dalam aksi akhir Terbuka DC pada Ahad.

Kemenangan itu menghadiahkan gelaran WTA 500 pertama buat Fernandez, yang bermain dalam pentas akhir pertamanya sejak lebih setahun lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu memulakan perlawanan dengan penuh yakin apabila meraih mata break hasil kesilapan double fault oleh Kalinskaya.

Beliau sekali lagi mematahkan servis lawan dengan pukulan balas tajam untuk menguasai set pertama dalam masa kurang 30 minit.

Kalinskaya, pemain ranking ke-48 dunia, kelihatan bergelut dari segi fizikal sepanjang aksi dan gagal menemui rentak.

Dia kehilangan servis dua kali lagi dalam set kedua, manakala Fernandez kekal tenang sehingga berjaya menjulang trofi. -REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD