fb fb fb fb fb

Fasiliti kesihatan sedia untuk SUKMA Sarawak 2024

Datuk Dr Sim (tengah) pada sidang media Persidangan Kesihatan Awam Asia Pasifik di Kuching,

KUCHING, 9 Julai- Semua fasiliti kesihatan di Sarawak sudah bersedia untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang bakal berlangsung bulan depan.

Menurut Timbalan Premier, Datuk Dr Sim Kui Hian, sebagai tuan rumah semua pihak perlu terlibat dan menyumbang supaya temasya berkenaan berjalan lancar.

Pihak kesihatan khususnya perlu bersedia dengan situasi luar jangka seperti kematian mengejut atau pengsan yang sering berlaku pada masa ini.

“Disebabkan itu banyak juga fasiliti majlis yang digunakan dan dinaik taraf untuk SUKMA 2024, peruntukan juga daripada majlis, ada sebahagian daripada kerajaan negeri dan kita juga berharap lebih lagi peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penglibatan sektor kesihatan semasa SUKMA 2024.

Terdahulu, beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kesihatan Awam Asia Pasifik di Kuching, Sarawak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE