ABU DHABI, 27 November- Pelumba Formula 1, Fernando Alonso mengisytiharkan 2023 sebagai musim terbaik dalam kariernya, samping 2012, selepas dia menamatkan saingan di tempat ketujuh di Grand Prix Abu Dhabi pada Ahad untuk meraih tempat keempat dalam kejuaraan pemandu.
Pelumba Aston Martin itu yang menyertai pasukan dari Alpine musim ini, meraih lapan podium malah enam daripadanya diraih dalam lapan perlumbaan awal musim.
“Ia adalah seperti hadiah untuk menamatkan perlumbaan di hadapan Ferrari dan (McLaren) Lando Norris!” kata pemain berusia 42 tahun itu.
Dia malah mendakwa musim ini lebih baik daripada dua tahun ketika dia memenangi kejuaraan bersama Renault.
"Bersama-sama dengan 2012, saya menganggap ini sebagai musim terbaik saya dan lebih baik daripada 2005 dan 2006 pastinya."
Alonso berada bawah kontrak sehingga akhir musim 2024 bersama Aston Martin.
Tetapi pasukan itu kelihatan masih berminat untuk melanjutkan kotrak pelumba dari Sepanyol itu.
"Tahap prestasi, konsistensi... Saya sangat gembira dengan pasukan ini dan jentera saya," kata Alonso. "Saya sangat teruja untuk musim depan."-AFP