fb fb fb fb fb

Everton lamar Frank Lampard sebagai pengurus pasukan


FOTO AFP

UNITED KINGDOM, 29 Januari - Pasukan Liga Perdana Inggeris, Everton dilaporkan telah menawarkan kekosongan tugas sebagai pengurus kepada bekas perancang England dan Chelsea, Frank Lampard.

Lampard sebelum ini tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak dipecat oleh Chelsea pada Januari tahun lalu.

Pengendali berusia 43 tahun itu sebelum ini dipecat selepas 18 bulan membimbing The Blues.

Sepanjang tempoh berkenaan, Lampard berjaya membawa pasukan tersebut ke final Piala FA musim 2020 dan menamatkan saingan liga di tangga keempat.

Selain Lampard, turut dikaitkan dengan kekosongan berkenaan ialah ketua jurulatih skuad kebangsaan Portugal, Vitor Pereira.

Sebelum ini, calon pilihan The Toffes iaitu Wayne Rooney dikatakan telah menolak tawaran menjadi pengurus mereka.

Pengendali terdahulu, Rafael Benitez telah dipecat selepas hanya memenangi satu daripada 13 perlawanan terakhir Everton, sekali gus menyaksikan kelab Merseyside itu jatuh di tangga ke-16 liga.

 

Media Baharu