fb fb fb fb fb

Tom Brady, quarterback NFL terbaik sepanjang zaman

FOTO AFP



NEW YORK, 30 Januari- Tom Brady menempa reputasi sebagai quarterback terhebat dalam sejarah NFL serta sejumlah rekod yang sukar diatasi selama dua dekad kerjayanya.

Ikon NFL berusia 44 tahun itu, yang bakal mengumumkan persaraannya, akan meninggalkan sukan itu selepas 22 musim selepas menghasilkan tujuh kemenangan Super Bowl, lima anugerah Pemain Paling Bernilai Super Bowl dan tiga anugerah MVP NFL.

Walaupun tidak dapat menamatkan musim terakhirnya dengan Super Bowl kelapan, Brady cemerlang mengumpul 5,316 ela hantaran yang dalam kerjayanya.

Brady juga mendahului ranking hantaran dengan 84,520 ela, lebih 4,000 ela dari pesaing terdekatnya, Drew Brees yang kini telah bersara.

Ketika Brady mengetuai Tampa Bay Buccaneers mencapai kemenangan yang luar biasa dalam Super Bowl tahun lepas, dia telah lama diiktiraf sebagai quarterback terhebat NFL.

Kemenangan Super Bowl ketujuh tahun lalu melonjakkan dia ke dalam jajaran pemain hebat sukan Amerika Utara, di samping Michael Jordan, Babe Ruth, Joe DiMaggio dan Wayne Gretzky.

Dia menyertai NFL setelah dipilih oleh New England Patriots dengan pilihan ke-199 pada pusingan keenam draf 2000.-AFP

Media Baharu