fb fb fb fb fb

Euro 2024: Turkiye mara ke pusingan kalah mati, pertama kali dalam 16 tahun

Foto AFP

HAMBURG, 27 Jun- Pasukan Turkiye mara ke pusingan kalah mati dalam Kejohanan Euro 2024 buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun.

Kejayaan itu selepas skuad The Crescent-Stars itu menang ke atas Republik Czech 2-1, yang akur beraksi dengan 10 orang pemain pada Rabu.

Turkiye yang dikendali Vincenzo Montella, menduduki tempat kedua dalam Kumpulan F di belakang Portugal untuk mara, apabila Czech tersingkir walaupun mempamerkan aksi berani di stadium Volksparkstadion, Hamburg.

“Malam ini kami hanya mahu meraikannya, kami berhak mendapatkannya.Tetapi mulai esok, kami mahu terus mencipta sejarah,” kata Montella dari Itali.

Pasukan Georgia juga mara sebagai salah satu pasukan terbaik di tempat ketiga selepas kemenangan menakjubkan 2-0 ke atas Portugal dalam perlawanan terakhir kumpulan yang lain, menyingkirkan Hungary.

Czech bertahan dengan 10 pemain pada minit ke-20 apabila Antonin Barak dilayangkan kad merah terawal dalam sejarah Euro, mengatasi rekod tidak diingini yang dibuat oleh pemain Perancis, Eric Abidal pada 2008.

Hakan Calhanoglu membolehkan Turki mendahului pada minit ke-51, tetapi Tomas Soucek meledak gol penyamaan pada pertengahan babak kedua.

Perlawanan akhir yang membosankan berlaku apabila Republik Czech berusaha mencari pemenang yang akan membawa mereka mara, tetapi Cenk Tosun menamatkan harapan mereka dalam serangan balas pada masa tambahan.

“Kami kecewa, semua orang mahu maju, kami mempunyai pemikiran yang betul."

"Ia amat sukar dengan 10 pemain, kami tidak mahu bolos, kemudian kami melakukannya.
Kami menyamakan kedudukan dan menolak mereka sehingga minit terakhir tetapi kemudian kami bolos satu lagi,” kata Soucek.

Penyerang utama Czech, Patrik Schick sekadar diletakkan dalam kalangan pemain gantian selepas mengalami kecederaan ketika seri dengan Georgia minggu lalu.

Dia dilayangkan kad kuning kerana membantah dari bangku simpanan selepas Provod dijatuhkan.

Turkiye dijadual menentang Austria dalam pusingan 16 terakhir di Leipzig pada 3 Julai, perlawanan kalah mati pertama mereka sejak separuh akhir Euro 2008, setelah tewas kepada Jerman.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM