fb fb fb fb fb

Euro 2024: Mikel Merino, wira Sepanyol atasi Jerman 2-1

Foto Reuters

STUTTGART, 6 Julai- Sepanyol berjaya melangkah ke saingan separuh akhir Euro 2024 selepas menewaskan Jerman 2-1.

Mikel Merino muncul wira Sepanyol apabila meledak gol kemenangan pasukan.

Perlawanan berlangsung di Stuttgart Arena menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi penuh dramatik.

Gol awal hadir menerusi jaringan pemain Sepanyol, Dani Olmo pada minit ke-51.

Namun, Jerman berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-89 menerusi Florian Wirtz.

Dihimpit tekanan dan asakan, percaturan pengendali skuad La Roja, Luis de la Fuente membawa masuk Merino dilihat membuahkan hasil.

Pasukannya menutup tirai perlawanan dengan satu jaringan berharga menerusi Merino, yang menanduk masuk bola daripada hantaran Dani Olmo.

Keputusan perlawanan berpihak kepada Sepanyol, 2-1 sekali gus mengecewakan majoriti penyokong tuan rumah.

Skuad Sepanyol bakal berdepan Perancis di pusingan separuh akhir pada Rabu depan di stadium Allianz Arena, Munich.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM