fb fb fb fb fb

EPL: Kemenangan Arsenal atasi Liverpool kukuhkan keyakinan buru gelaran juara liga

(Pengurus Arsenal, Mikel Arteta meraikan kemenangan pasukannya ke atas Liverpool pada aksi  
Liga Perdana Inggeris/ REUTERS)

LONDON, 10 Oktober - Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menjelaskan kemenangan 3-2 pasukannya ke atas Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi mengukuhkan lagi keyakinan dan semangat The Gunners untuk memburu gelaran juara pada musim ini.

Pada aksi di Emirates itu, Arsenal mendahului tiga kali menerusi jaringan Gabriel Martinelli dan dua gol Bukayo Saka.

Manakala Liverpool cuba memberi tentangan dengan gol daripada Darwin Nunez dan Roberto Firmino.


(Pemain pertahanan Arsenal, Ben White dan William Saliba meraikan kemenangan ke atas
Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris/ AFP)

"Anda tidak boleh bayangkan betapa ia membantu pemain dan berapa banyak kepercayaan yang diberikannya dan berapa banyak keyakinan serta sokongan, sebenarnya ia adalah salah satu perkara terbaik yang telah kami lakukan sejak kami bersama di sini, kami bersatu, saya tidak tahu, anda datang ke sini dan akan mendapat sedikit pengalaman dan ianya hebat," jelas Arteta.

Kejayaan itu menyaksikan Arsenal kembali mendahului carta liga dengan 24 mata, satu mata mengatasi Manchester City, sementara Liverpool pula jatuh ke tangga ke-10. -REUTERS

Media Baharu