BIRMINGHAM, 22 Disember - Aston Villa semakin mengukuhkan reputasinya sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menundukkan Manchester United 2-1 hasil dua gol daripada Morgan Rogers dalam perlawanan di Villa Park pada Ahad.
Kemenangan itu meletakkan Villa di tangga ketiga dengan hanya tiga mata di belakang Arsenal dan satu mata di belakang Manchester City.
Pada perlawanan tersebut, pemain Aston Villa, Rogers membuka jaringan lewat separuh masa pertama hasil hantaran John McGinn, sebelum Matheus Cunha menyamakan kedudukan untuk United akibat kesilapan pertahanan Villa, Matty Cash, sebelum rehat.
Namun, Rogers memastikan kemenangan Villa pada minit ke-57 dengan gol kedua yang menakjubkan daripada Rogers sekali gus gol keenam peribadinya musim ini.
Kemenangan itu merupakan kemenangan ke-10 berturut-turut Villa dalam semua pertandingan dan tujuh kemenangan liga berturut-turut sejak kali terakhir pada musim 1989-90.
Penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez tampil dengan aksi cemerlang untuk menafikan beberapa peluang United, termasuk percubaan Benjamin Sesko, Diogo Dalot dan Patrick Dorgu.
Pengurus Villa, Emery, jelas teruja dengan persembahan Rogers dan pasukannya.
“Saya sangat gembira untuk pemain, penyokong dan kelab. Mereka berhak mendapat kemenangan ini dan saya dapat melihat peningkatan setiap perlawanan,” katanya sambil meraikan gol dengan penuh kegembiraan", katanya.
Sementara itu, Manchester United pula menerima tamparan hebat apabila ketua pasukannya, Bruno Fernandes terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring pada separuh masa pertama. - AFP