fb fb fb fb fb

Enzo Maresca puji Chelsea mara ke akhir Piala Dunia Kelab

Pengurus Chelsea Enzo Maresca/Foto Reuters

NEW JERSEY, 9 Julai - Pengurus Chelsea Enzo Maresca memuji persembahan pasukannya di Piala Dunia Kelab apabila mara ke perlawanan akhir selepas kemenangan 2-0 ke atas Fluminense pada Selasa.

Penyerang muda Brazil Joao Pedro yang menyertai Chelsea dari Brighton & Hove Albion enam hari lalu, menjaringkan gol pada minit ke-18 dan pada awal separuh masa kedua memastikan kemenangan The Blues keatas bekas kelabnya itu dalam pertemuan di Stadium MetLife.

Chelsea akan berdepan pemenang separuh akhir kedua pada Rabu antara Paris St Germain dan Real Madrid.

Perlawanan akhir ditetapkan pada hari Ahad di Stadium MetLife.-REUTERS

AZRUL FAIZAL JUSOH